Sunday, November 27, 2011

bekerja atau tak

urmmm.. hari ini saya berada di persimpangan. setelah menjadi penganggur selama setahun, atas sebab ingin memberi sepenuh perhatian kepada Dot. untuk pengetahuan saya membuat keputusan drastik dengan meninggalkan kerja tetap saya yang amat bagus ye untuk menjaga buah hati pengarang jantung saya sejak saya memilih untuk menyusu badan Dot. pilihan yang penuh warna warni tapi saya sungguh bahagia melihat dot membesar didepan saya, tak kiralah tentang berbakul2 lontaran negatif yang saya terima, saya redha.
         sekarang Dot sudah boleh berlari, saya membuat keputusan untuk berkerja kembali. tentulah sebab utamanya adalah faktor duit betul tak. Dot makin membesar, keperluan makin meningkat. pastinya saya perlu memikirkan tentang pelajaran Dot. Kl ni semuanya mak oi mahal kos nya. saya rasa saya kuat, tetapi semakin hari bekerja (esok sebenarnya) semakin hampir saya diulit perasaan bersalah meninggalkan Dot saya. saya begitu tidak keruan. hati saya bagai dilanda ombak ganas. memukul sekuatnya. terasa begitu pedih. saya pelik kenapa saya berasa begitu . hati saya tidak betah untuk meninggalkan Dot. saya terasa bagaikan saya akan ke penjara gamaknya. saya tertanya-tanya adakah ibu seperti saya. saya tabik sang ibu yang begitu tega mencari rezeki buat sang anak diluar sana. kerana pada saya itu adalah perjuangan yang besar setiap hari.
       saya rasa saya kuat untuk melangkah ya tapi sekarang saya terasa seperti ingin mengibar bendera putih sebelum sempat mengangkat bayonet saya.. muahahahahhaha. saya berasa saya akan terlepas semua momen indah Dot apabila saya mula bekerja nanti.. lagu gundah bergurindam di lubuk hati saya..
saya mengharapkan allah memberi saya semangat juang yang tinggi. menetapkan iman saya seteguhnya. mencintai saya dan Dot

Sunday, November 20, 2011

ibu.anak. anak.ibu

apa yang anda dapat bila anda gaduh dengan ibu anda ye. saya seorang ibu sudah tentulah saya juga seorang anak bukan? disini saya ingin berkongsi pedih gembira pengalaman menjadi seorang anak dari kaca mata saya. ibu saya adalah seorang ibu tunggal yang boleh dikatakan berjaya. setelah melalui 2 pengalaman berkahwin, boleh lah dikatakan ibu seorang yg berjiwa kental dan waja. ibu seorang persara kerajaan. sebagai seorang ibu tunggal tentulah ibu merupakan pencari naflah tunggal didalam keluaga kecil kami. disebabkan dah terbiasa sendirian dalam apa jua ranjau kehidupan ibu menjadi seorang yg pembuat keputusan yang jitu. inilah serba sedikit mengenai ibu saya.
         saya pula anak ketiga dari tiga beradik. anak perempuan akhir. mempunyai seorang kakak da seorang abang. saya adalah pengganggur terhormat sejak Dis tahun lepas. melakukan pelbagai kerja halal untuk menanggung little Dot saya. biasa la bila da jadi pengganggur ni, semuanya nampak seperti kain buruk yang tak dibasuh bertahun. saya tahu ibu saya menyanyangi saya walaupun pada saya hanya sekelumit zarah jer yang boleh saya rasa. pernahkah anda rasa seperti ingin membuang jauh-jauh ibu anda dari hidup anda? andai saya bukan seorang muslim, tentu sudah lama saya lakukan. pernahkah anda rasa seperti ingin memarahi emak anda sampai anda boleh di cop anak kurang ajar? andai saya bukan seorang yg tidak takut azab tuhan, pasti sudah saya lakukan. terus terang saya katakan bahawa saya sungguh ingin membenci ibu kalaulah saya ini tidak mempunyai iman. pernahkah anda dihalau ibu anda dari keretanya hanya kerana anda menegur cara dia membawa kereta melulu? andai saya seorang yang derhaka, dah lama saya bertikam lidah hingga kesubuh dgnnya. ibu saya adalah seorang ibu yang suka menggunakan lidahnya untuk menghukum segala-galanya. sedangkan saya pasti ibu tahu bahawa syurga dibwah tapak kaki dia, bahawa lidahnya adalah doa buat anak-anak. kadang-kadang saya terfikir adakah ibu menggunakan fikiran dia sewaktu dia menggunakan lidah nya..
            saya juga seorang ibu. saya juga tahu bertapa nikmatnya kesakitan melahirkan seorang zuriat di bumi allah ini. saya juga merasakan kasihnya saya terhadap anak saya tidak terbelah bagi. muka kudus anak saya adalah ubat yg amat mujarab. tanpa anak saya tiadalah saya disini, mungkin saat ini saya masih lagi bergelumang di dalam lumpur dosa. untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak saya pun saya terlalu takut, kerana saya tahu lidah saya doa mujarab buat anak saya. saya juga tahu apa itu pengorbanan seorangn ibu. naluri keibuaan saya membuatkan saya terdetik, tidak kah ibu saya mempunyai kasih abadi buat saya. kerana ibu saya takut untuk menjadi ibu. takut saya diduga tuhan sebegitu..