Sunday, November 27, 2011

bekerja atau tak

urmmm.. hari ini saya berada di persimpangan. setelah menjadi penganggur selama setahun, atas sebab ingin memberi sepenuh perhatian kepada Dot. untuk pengetahuan saya membuat keputusan drastik dengan meninggalkan kerja tetap saya yang amat bagus ye untuk menjaga buah hati pengarang jantung saya sejak saya memilih untuk menyusu badan Dot. pilihan yang penuh warna warni tapi saya sungguh bahagia melihat dot membesar didepan saya, tak kiralah tentang berbakul2 lontaran negatif yang saya terima, saya redha.
         sekarang Dot sudah boleh berlari, saya membuat keputusan untuk berkerja kembali. tentulah sebab utamanya adalah faktor duit betul tak. Dot makin membesar, keperluan makin meningkat. pastinya saya perlu memikirkan tentang pelajaran Dot. Kl ni semuanya mak oi mahal kos nya. saya rasa saya kuat, tetapi semakin hari bekerja (esok sebenarnya) semakin hampir saya diulit perasaan bersalah meninggalkan Dot saya. saya begitu tidak keruan. hati saya bagai dilanda ombak ganas. memukul sekuatnya. terasa begitu pedih. saya pelik kenapa saya berasa begitu . hati saya tidak betah untuk meninggalkan Dot. saya terasa bagaikan saya akan ke penjara gamaknya. saya tertanya-tanya adakah ibu seperti saya. saya tabik sang ibu yang begitu tega mencari rezeki buat sang anak diluar sana. kerana pada saya itu adalah perjuangan yang besar setiap hari.
       saya rasa saya kuat untuk melangkah ya tapi sekarang saya terasa seperti ingin mengibar bendera putih sebelum sempat mengangkat bayonet saya.. muahahahahhaha. saya berasa saya akan terlepas semua momen indah Dot apabila saya mula bekerja nanti.. lagu gundah bergurindam di lubuk hati saya..
saya mengharapkan allah memberi saya semangat juang yang tinggi. menetapkan iman saya seteguhnya. mencintai saya dan Dot

Sunday, November 20, 2011

ibu.anak. anak.ibu

apa yang anda dapat bila anda gaduh dengan ibu anda ye. saya seorang ibu sudah tentulah saya juga seorang anak bukan? disini saya ingin berkongsi pedih gembira pengalaman menjadi seorang anak dari kaca mata saya. ibu saya adalah seorang ibu tunggal yang boleh dikatakan berjaya. setelah melalui 2 pengalaman berkahwin, boleh lah dikatakan ibu seorang yg berjiwa kental dan waja. ibu seorang persara kerajaan. sebagai seorang ibu tunggal tentulah ibu merupakan pencari naflah tunggal didalam keluaga kecil kami. disebabkan dah terbiasa sendirian dalam apa jua ranjau kehidupan ibu menjadi seorang yg pembuat keputusan yang jitu. inilah serba sedikit mengenai ibu saya.
         saya pula anak ketiga dari tiga beradik. anak perempuan akhir. mempunyai seorang kakak da seorang abang. saya adalah pengganggur terhormat sejak Dis tahun lepas. melakukan pelbagai kerja halal untuk menanggung little Dot saya. biasa la bila da jadi pengganggur ni, semuanya nampak seperti kain buruk yang tak dibasuh bertahun. saya tahu ibu saya menyanyangi saya walaupun pada saya hanya sekelumit zarah jer yang boleh saya rasa. pernahkah anda rasa seperti ingin membuang jauh-jauh ibu anda dari hidup anda? andai saya bukan seorang muslim, tentu sudah lama saya lakukan. pernahkah anda rasa seperti ingin memarahi emak anda sampai anda boleh di cop anak kurang ajar? andai saya bukan seorang yg tidak takut azab tuhan, pasti sudah saya lakukan. terus terang saya katakan bahawa saya sungguh ingin membenci ibu kalaulah saya ini tidak mempunyai iman. pernahkah anda dihalau ibu anda dari keretanya hanya kerana anda menegur cara dia membawa kereta melulu? andai saya seorang yang derhaka, dah lama saya bertikam lidah hingga kesubuh dgnnya. ibu saya adalah seorang ibu yang suka menggunakan lidahnya untuk menghukum segala-galanya. sedangkan saya pasti ibu tahu bahawa syurga dibwah tapak kaki dia, bahawa lidahnya adalah doa buat anak-anak. kadang-kadang saya terfikir adakah ibu menggunakan fikiran dia sewaktu dia menggunakan lidah nya..
            saya juga seorang ibu. saya juga tahu bertapa nikmatnya kesakitan melahirkan seorang zuriat di bumi allah ini. saya juga merasakan kasihnya saya terhadap anak saya tidak terbelah bagi. muka kudus anak saya adalah ubat yg amat mujarab. tanpa anak saya tiadalah saya disini, mungkin saat ini saya masih lagi bergelumang di dalam lumpur dosa. untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak saya pun saya terlalu takut, kerana saya tahu lidah saya doa mujarab buat anak saya. saya juga tahu apa itu pengorbanan seorangn ibu. naluri keibuaan saya membuatkan saya terdetik, tidak kah ibu saya mempunyai kasih abadi buat saya. kerana ibu saya takut untuk menjadi ibu. takut saya diduga tuhan sebegitu..

Monday, November 1, 2010

Nak kerja ke TAK

salam.. semase aku mencoret di bubba ini, jam berdenting ke pukul 8 pagi waktu malaysia..
masuk hari ini, sudah 2 hari aku tak pergi kerja.. demam teruk..dan perasaan untuk berhenti kerja semakin menebal. ingin rasanya aku berhenti terus, tak payah fikir lagi. benci betul tgk muka orang2 kat tempat keje aku terutama skali muka exec aku yang pasan bagus tuh!!!! patut takaku berhenti kerja yerk. sampai biler nak macam ni.. shoppin suka. makan suka. beli tu beli ni. tapi kerja malas.muahaahahhahaha. aku nak start kerja kat rumah. tapi tulah cam biase, tak tau nak start camner.. biasalah orang melayu nih kan. sadis sadis..... kala aku berhenti, aku ada banyak masa terluang untuk anak aku.. tapi takde income tetiap bulan dan kehidupan sosial aku akan menjadi tertutup.. sesilap aku hanya berkawan dengan En. suami sajer... takut nanti aku jadik separuh tak betul la plak.. kalo aku tak berhenti.. sentiasa aku akan sakit akibat tekanan untuk pergi kerja.. aku benci kerja aku sekarang niew... benci yang amat!!! so kau raser dok rumah lebih better..
adiosss!!! bubba

Friday, August 20, 2010

Constipation

Haaaaaiii.... masuk arini da dekat seminggu sakit kat bonbon... susahnyer nak g toilet.... sadis tau..  takut sangat nak g toilet.. everytime pegi mesti bawah tu koyak rabak ok.. peritnyer tuhan jer tau..  Da g klinik, all they docs can gimme was anusol, lactul kot & blah blah... berbakul bakul ubat yer, tapi stil sembelit.. pergi skali lagi docs sed hv to consume  tons of vegie, fibre, & fluids.. nak jer aku kotok paler sensorang, mau tak nyer penat da dok xplain, sumer tu aku da buat tapi stil sembelit, stil ade anal fissure, stil perit isk isk isk raser nk nangis yer... tuhan jer la yg tau bertapa sakit nnyer, sampai aku demam la gak..but
Sekarang tengah try makan produk HPA, and minum monaVie juice.. tapi aku raser yg paling berkesan ialah rutin yg aku displin  kan diri aku iaitu, bangun tido jer kene minum 2 gelas besar air suam.. pastu makan 6 sudu besar oat wif pitted prune. pastu letak minyak but-but kat bonbon.. pastu kene jage makan.. kene makan banyak yg hijau2 jer urggghhh.. nasib tekak la kan. nak baik nyer pasal...
okla chow dulu nanti later aku info kalo ade perubahan. insyallah.. amin.

Thursday, August 19, 2010

newcomer echewaah dot dot

ini adalah our first coretan in da sec. daaaaaaaaa.. hai B world here i come!!!! muah
muah.... sayanerooowww